RSS

new spirit just reached!

Assalamualaikum warahmatullah…alhamdulillah dah lama x update blog..kenapa hari ni nak update?..coz today  aku rasa happy sangat.Antara benda yang boleh menggembirakan hati kita adalah apabila seseorang sudi untuk mendoakan kejayaan kita di dunia dan akhirat…hmm..

Malam tadi,masa tengah belek2 buku anatomy n physio,aku rasa syukur sangat sbb ada di antaranya telahpun aku belajar semasa di Universiti Sains Islam Malaysia dulu.Ada seorang pensyarah,namanya Shamsiah Mohd Hidir.You know,kalau u all masuk dalam kelas dia,and fokus betul2,aku jamin korang memang rasa subjek biology mcm kacang je…she was very good in delivering words and stylish!

I like the way she teach everyone.Dia selalu cakap “many people look,but do not see…many people hear,but do not listen..” perkataan yang penuh dengan makna…contoh,bila kita tgk buku,kita hanya melihat buku adalah buku,tetapi kita tidak melihat buku adalah sumber ilmu..(look and see give different meanings)

Back to the story,rasa seronok td membawa kepada kesyukuran kepada Allah,…Teringin pulak nak send mesej kat teacher sham,nak cerita kat dia betapa manfaatnya ilmu yang dia sampaikan….then aku pun tulisla mesej ni…..

“Salam madam sham.saya ex-tamhidi sains tekno 2010,mohd faizuddin bin sahimi group 7 first semester then saye berhenti dr usim.takpe kalau teacher tak ingat saya.tp saya nak teacher tahu ilmu yang teacher bg dekat saya sangat berguna.sekarang saya di mesir sambung bidang perubatan.subhanallah,banyak ilmu2 yang teacher ajar boleh digunakan dan menambah pemahaman saya.saya doakan semoga teacher berterusan berada dalam rahmat Allah kerana ilmu bermanfaat yang teacher sampaikan.saya mintak teacher halalkan ilmu itu dan doakan saya untuk dapat mumtaz dlm final exam nanti.syukran teacher shamsiah”

Rasa puas bila dapat send mesej camtu.aku x mengharap dia balas.aku cuma nak dia tahu aku menghargai semua ilmu yang dia sampaikan..

Tetiba dia reply mesej aku…dia tulis “Tq 4 ur kind words.Work hard dan saya doakan faiz berjaya dunia dan akhirat.Amin…”

Bestnya bila ada orang yang sudi mendoakan untuk kita..mendoakan kejayaan kita…rasa lebih bersemangat…thanks teacher.

 
Leave a comment

Posted by on October 13, 2011 in Uncategorized

 

it’s hard to be free

life is not as simple as some people thought.it’s sometimes such a complicated puzzle game that need to be solved in a few seconds.i heard someone said “the problem is not a problem,but the problem is the way to solve the problem”.i quite agree with that words because it is actually trying to tell us, we always see a problem such a big mountain,meanwhile we never see a mountain is only like a chocolate that is delicious and easy to eat.

when we’re facing with problems,we hope to run away from everybody , it seems like running away from the problem as well. but the real thing is,nobody is willing to solve your OWN problem other than you.let’s think the best way in solving our problem wisely.

muslims believe that every problem is given by Allah to test their strength and they knew that Allah will not giving something hard to them if they cannot solve it or not really strong to face it.as we got a problem,we cannot differentiate which one is the best way to overcome the problem.the solution is…………………………………………………pray…!…asking for solutions.

solutions can come through various ways that sometimes we never think about that..so let’s do it!

 
Leave a comment

Posted by on October 5, 2011 in Uncategorized

 

HAWA NAFSU

HAWA NAFSU TUNDUK MENGIKUT APA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Nabi s.a.w

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya tunduk patuh mengikut apa yang telah kamu bawa” – Hadis HASAN SAHIH

Kenapa Hawa Nafsu Perlu Tunduk Kepada Perintah Allah?

 

Hawa nafsu perlukan acuan yang membentuknya kerana nafsu tidak mempunyai jirim atau bentuk tertentu.Manusia dan nafsu sama-sama makhluk ciptaan Allah.Justeru, manusia boleh membentuk nafsu, tetapi dia tidak mampu mencipta acuan buat nafsu kerana dia tidak benar-benar faham tentang hakikat penciptaan nafsu.Hanya pencipta nafsu itu sendiri sahaja yang dapat memberikan acuan terbaik kepada nafsu sehingga ia menjadi makhluuk yang mulia dan boleh membawa tuannya ke syurga.

Allah adalah pencipta hakiki manusia beserta hawa nafsunya.Sebagai Pencipta Yang Maha Agung,Allah telah menyediakan acuan untuk membentuk nafsu mengikut acuan tersebut.Justeru,menundukkan hawa nafsu berdasarkan perintah Allah merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim.Allah melarang keras manusia mengikut hawa nafsunya kerana nafsu bukan dicipta untuk diikuti,bahkan ia dicipta untuk dibentuk oleh manusia agar menjadi makhluk yang tunduk patuh kepada perintah Allah.Firman Allah subhanahu wataala dalam surah Shaad,ayat 26 :

 

“Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu,kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah ,akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal,disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”

 

Hawa nafsu mampu menyesatkan manusia,sedangkan ia sebenarnya diciptakan untuk menjaga kepentingan manusia.Tidak bernama manusia jika dia tidak mempunyai hawa nafsu.Allah menciptakan nafsu marah,agar manusia merasa ingin membela maruah diri,keluarga dan agamanya.Jika ada orang yang memperkotak-katikkan maruah keluarga dan agamanya,maka dia harus mempunyai rasa marah yang mendorongnya untuk mempertahankan diri,keluarga serta agamanya.Tanpa rasa marah,maruah ini tidak akan terbela.Demikian teladan yang ditunjukkan oleh para rasul,anbiyak dan para sahabat Rasulullah s.a.w.

 

Demikian juga nafsu syahwat terhadap lawan jantina.Fitrah ini Allah ciptakan dalam diri manusia agar manusia kekal hidup berketurunan di dunia ini.Tanpa nafsu,manusia tidak ada keingingan terhadap lawan jantinanya,maka bagaimana mungkin generasi manusia dapat diteruskan?Oleh itu,Islam member jalan terbaik buat manusia agar menyalurkan nafsu dengan acuan yang telah ditetapkan oleh Allah.Perkahwinan telah disyariatkan agar manusia dapat mencapai redha Allah dalam menyalurkan nafsu syahwatnya.

Oleh itu,nafsu sebenarnya merupakan suatu yang positif.Namun,apabila nafsu itu tidak dibentuk mengikut acuan Yang Maha Pencipta,bahkan ia dibiarkan mencipta acuan kepada manusia,maka manusia akan binasa.Berkata Inbu ‘Ataillah”

 

“Pokok bagi segala maksiat,kelalaian dan syahwat adalah kerana ingin memuaskan hawa nafsu.Sedangkan pokok bagi ketaatan,kesedaran dan keluhuran budi adalah kerana pengekangan terhadap hawa nafsu”

 

Terdapat dua intipati penting dalam kalam Ibnu ‘Ataillah ini      :

  1. Tunduk kepada nafsu adalah pokok segala maksiat dan dosa
  2. Melawan nafsu adalah pokok segala kebaikan

 

Ini adalah tahap pertama yang perlu dilalui oleh setiap manusia sebelum nafsu ammarah bissu’ berubah menjadi nafsu lawwamah dan sebelum nafsu lawwamah menemui ketenangan,menjadi nafsu mutmainnah.

 

Setiap detik seorang muslim berusaha untuk mengekang hawa nafsunya,maka setiap itulah dia memperoleh pahala di sisi Allah.Melawan hawa nafsu merupakan salah satu sifat wajib daripada 10 sifat wajib bagi seseorang muslim sebagaimana yang digariskan oleh Imam Hasan Al-Banna.10 sifat tersebut ialah :

 

  1. Akidah yang benar
  2. Ibadah yang shahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Berpengetahuan luas
  5. Memiliki tubuh badan yang sihat
  6. Bermujahadah melawan hawa nafsu
  7. Berdikari
  8. Tersusun dalam setiap urusannya
  9. Menepati masa
  10. Bermanfaat kepada orang lain

 

Setiap individu akan bergelar “muslim sejati apabia dia mampu menyempurnakan sifat tersebut.Maka,setiap usaha yang dilakukannya untuk melengkapkan keislamannya dianggap sebagai mujahadah melawan hawa nafsu yang selalu ingin mudah dan senang,hidup santai mengikut apa yang diinginkan.Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya untuk hidup berpeluk tubuh dan sambil lewa dalam setiap perbuatannya.

 

Tunduk patuh kepada hawa nafsu tanpa sebarang usaha untuk mengekangnya atau memimpinnya ke arah redha Allah,bahkan menganggap tinggi keinginan nafsunya , sama seperti dia mempertuhankan hawa nafsunya.Dia tidak langsung memandang kepada segala perintah dan larangan Allah ,tetapi dia sentiasa memerhatikan segala keinginan nafsunya sehingga sanggup berusaha melakukan apa sahaja agar nafsunya puas.Ketika ini,dia tidak lagi menganggap Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung,Maha Mengetahui dan Maha Membalas segala perbuatan manusia.Sebaliknya,dia meletakkan kuasa nafsu mengatasi kuasa Allah.Akhirnya, apabila dia menginginkan suatu nikmat,dia tidak meminta kepada Allah.Tetapi dia akan menurutkan nafsunya sehingga memperoleh apa yang dia inginkan.Sebagai contoh,apabila seseorang ingin menjadi kaya sebagaimana orang lain,maka dia tidak memohon pada Allah agar dibukakan pintu rezekinya,sebaliknya dia akan mencuri,berjudi,menipu dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan harta dengan jalan yang pantas. Ruang begini amat digemari syaitan sehingga kadang kala segala tindakannya dibantu oleh syaitan sehinggalah dengan izin Allah ,dia menjadi kaya.Ketika itu,terdetik di hatinya, “Aku tak perlu minta daripada Allah,sebab apa yang aku inginkan,semuanya dapat”.Cetusan hati sebegini merupakan suatu perbuatan syirik kerana telah meletakkan satu kuasa lain mengatasi kuasa Allah dan telah menafikan kuasa Allah Yang Menciptakan kekayaan dia bumi ini dengan meletakkan dirinya sebagai kuasa yang mampu mendapatkan apa yang dikehendaiknya hanya dengan usahanya sendiri.Inilah sifat takabur yang disebutkan sebagai salah satu daripada syirik kecil.Ia adalah suatu yang tersembunyi dalam hati yang akan membinasakan tuannya dia akhirat kelak.

 

Nafsu juga perlu dikekang kerana manusia diciptakan sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memimpin.Manusia diciptakan dengan segala kelebihan atas makhluk yang lain agar dia dapat memimpin dengannya.Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 70             :

 

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam,dan Kami telah membenarkan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut,dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”

 

Dengan segala kelebihan ini,manusia seharusnya membentuk dan membimbing nafsu agar tunduk patuh kepada perintah Allah sesuai dengan peranannya sebagai khalifah.Sebagai khalifah,manusia akan disoal tentang setiap yang dipimpinnya.Sabda nabi s.a.w           :

 

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal tentang apa yang dipimpinnya,seorang imam adalah pemimpin,dan dia akan disoal tentang kepimpinannya.Seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan disoal tentang kepimpinannya.Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumahtangga dan suaminya dan dia akan disoal tentang pimpinannya.Seorrang khadam adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia akan disoal akan pimpinannya.Dan setaip kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan disoal atas apa yang dipimpin”-HR Bukhari dan Muslim

 

Justeru,manusia juga adalah pemimpin kepada hawa nafsu dan akan disoal mengenai kepimpinannya.Khalifah adalah peranan manusia terbesar yang akan dihitungkan dalam mizan timbalan amalnya di Padang Mahsyar kelak.

 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2011 in Uncategorized

 

Jangan Cabar Allah!

Alhamdulillah.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah berhak mengurniakan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Pada suatu malam,saya menghadiri sebuah ceramah dan ustaz tersebut telah menyampaikan sebuah cerita yang amat menginsafkan dan benar-benar berlaku.

Ada seorang gadis.Gadis ini gemar memakai pakaian yang tidak menutup aurat selain pakaiannya yang ketat dan tak sesuai dengan perwatakannya sebagai seorang wanita.Sebagai wanita sepatutnya mereka tahu batas-batas aurat yang telah ditetapkan untuk mereka mematuhinya.

Dipendekkan cerita pada suatu hari,semasa dia sedang keluar bersiar-siar di bandar,dia telah bertembung dengan seorang mak cik tua. Mak cik tua itu tidak berapa senang dengan penampilan gadis terbabit dan dia berasa malu dengan cara gadis tersebut berpakaian. Dia pun menegur gadis tersebut, “Adik,kalau boleh pakailah pakaian yang menutup aurat.Allah memerintahkan kita menutup aurat,Apatah lagi kita sebagai perempuan”….

Mendengar sahaja teguran daripada mak cik tersebut,gadis itu berasa tercabar dengan teguran mak cik tersebut.Dengan perasaan marah gadis itu memberikan handphone miliknya kepada mak cik tersebut dan berkata “okey,kalau macam tu mak cik ambik handphone saya,telefon Allah cakap saya nak tempah neraka siap-siap!”..katanya dengan nada marah…astaghfirullahal azim

mak cik tersebut berasa terkejut dengan apa yang diluahkan gadis tersebut.Dia pun terus pergi dari situ.

Tapi,Allah itu Maha Berkuasa.Dia berhak ke atas setiap makhluk ciptaannya.Tidak lama selepas itu,badan gadis itu menjadi panas yang terlampau.sehingga tidak ada seorang pun yang boleh memegang badannya.kepanasan badannya itu menyebabkan dirinya begitu terseksa.sehinggalah akhirnya dia pun meninggal dunia dalam keadaan badannya panas begitu..

Astaghfirullahal azim..janganlah kita mencabar Allah ..insaflah sebelum terlambat!…sekian.

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2011 in Uncategorized

 

salahkah aku? :-p

Assalamualaikum…..waalaikumussalam… :-p

nak luahkan perasaan jap…ada satu benda yang membuatkan aku tertanya tanya samapai skarang.critenye mcm ni.

dulu masa aku jd KP,ramai pihak yang suruh/desak/arah/mintak (ntah nak guna y mana) aku bg ucapan untuk setiap kali perhimpunan. tetapi aku yang suka menolak pelawaan tersebut walaupun beberapa kali disyorkan dalam Lembaga (takut…) Pengawas SMKAA.actually bukannya takut atau sbb lain,tapi aku ni kalau dah dapat microfon,lembaga penapisan pun x mampu nak buat apa.aku akan cakap terus benda yang aku x puaas hati.

seingat-ingat aku la,benda yang aku cakap tu :

1.tentang koko,pilih ketua tp x layak

2.tntg aurat

3.perancangan masa hadapan

4.x ingat

kalau tengok balik isi kandungan ucapan (y merupakan kali pertama dan terakhir…..haha),xde apa masalah pun…tp ramai cikgu2 yang very frustrated dengan apa yang aku cakap.sedangkan aku sikit pun x sentuh sensitiviti cikgu2 yang disayangi sekalian

aku pun buat keputusan untuk mintak maaf je la dgn cikgu2 tu walaupun aku tau xda apa salah pun dalam ucapan tu (setelah mintak pandangan kawan2). bahkan ramai gak guru-guru dan rakan-rakan y memuji ucapan tersebut.alhamdulillah

bukan niat nak ungkit balik benda lama,tp masalahnya benda tu melarat sampai sekarang…nak tau ape?

semua friend request aku kat cikgu2 semuanya x di approve kat facebook.tak semua cikgu la…tp most….bukannya nak menuduh ..tp kawan2 aku yang len semua di approved…hadoi…xpala…aku redha….kerana aku percaya ‘kemanangan tak akan dicapai tanpa kepahitan”….sekian

 
Leave a comment

Posted by on May 11, 2011 in Uncategorized

 

…………..

 
Leave a comment

Posted by on April 23, 2011 in Uncategorized

 

andainya…

aku baru saja menonton sebuah video,tentang pengorbanan ibu bapa..mmg tiada tandingan

apakah mungkin..

1. kita mampu bersabar sepertimana ibubapa kita bersabar dengan kita?

2. kita mampu berkorban seperti yang dilakukan mereka?

3. kita menangis kerana memahami penderitaan (penyakit) yang mereka hadapi?

4. kita mahu menanggung malu untuk membela kedua ibubapa kita semasa mereka melakukan hal yang sama kepada kita dulu?

5. kita mampu memahami kehendak mereka sepertimana mereka memahami setiap kehendak kita?

andainya kasih sayangmu itu dapatku tebus dengan wang ringgit,nescaya tak mampu ku lakukannya

andainya pengorbananmu itu ku terlupa,maafkanlah aku……

“Ya,Allah,jadikanlah aku seorang anak yang soleh,ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapa.”

-amin-

 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2011 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.