RSS

Macam-macam kerenah manusia

03 Feb

Manusia..manusia.itulah makhluk yang terbaik di atas muka bumi ni..Manusia kalau dibandingkan dengan makhluk lain atas dunia ni,memang tiada tandingan.Aku masa dekat sekolah rendah pun aku dah jumpa macam-macam kerenah manusia.Ada yang baik dan ada yang buruk.Yang baik tu macam very understanding n macam2 lg.Yang buruk tu macam2 jugak.Suka ejek orang lain dan sebagainya..tp bila fikir balik,masa tu masih budak-budak lagi.Budak-budak kadang-kadang suka buat benda pelik-pelik..and kematangan ketika itu masih kurang.Bila aku melangkah ke sekolah menengah,aku sangka perjalanan hidupku akan menjadi lebih baik kerana kusangkakan pelajar sekolah menengah mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan lebih positif.Tetapi sangkaanku hanya menepati 65%.Sejak itu aku cuba meneliti tindak-tanduk manusia.Kadangkala ia menepati kehendak persekitaran kita.Sebenarnya,ianya ada kaitan dengan zaman kanak-kanak.
Kanak-kanak belajar melalui persekitaran,pemerhatian dan pendengaran.Jika kanak-kanak tidak ditegur kesalahannya sejak dari kecil,maka ibu bapa dan masyarakat sekeliling akan merana dengan sikapnya apabila dia dewasa kelak.Balik kepada cerita di sekolah menengah,aku takla berapa menonjol sangat..ntahla knapa..mungkin sikap sesetengah manusia yang menyebabkan ianya menjadi terbantut.Apabila melangkah ke tingkatan 2,aku telah diberikan amanah yang besar iaitu aku dilantik menjadi pengawas.Aku merasakan tanggungjawabku sungguh besar dan kadangkala terfikir jugak mampu ke aku nak jalankan tugas ni…Melihat kerenah pelajar2 di sekelililngku..arrgh..melemahkan semangat aku..ntahla knapa?..tetapi bila masuk ke tingkatan 5,aku dilantik dengan jawatan yang lebih besar,iaitu Ketua Pelajar SMK AGAMA ARAU..lagi beratlah amanah yang aku terima.Memang hebat jika dilihat diri segi nama jawatan.Tetapi kebanyakan manusia tidak menyedari hakikat yang sebenarnya apabila dia menerima lebih banyak jawatan,maka semakin beratlah amanah yang dipikul.Semuanya akan dipersoalkan oleh Allah Subhanahu Wataala.Tak kira la jawatan pengerusi kelab ke…..,ketua kelas ke….apa2 aje jawatan,memang akan dipersoalkan.Kesedaran tentang amanah ini perlu dititikberatkan kerana jika ia tidak dititikberatkan,maka manusia akan menjadi lupa diri dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Beberapa hari sebelum meninggalkan SMKAA,aku telah naik ke pentas dewan sekolah dan menentang golongan-golongan yang mengabaikan amanah yang telah diberikan kepada mereka melalui ucapanku.Selepas daripada itu,aku telah dipulaukan oleh golongan ini.Tetapi perkara yang benar mestilah dizahirkan.
Manusia juga apabila dia dilimpahi dengan kemewahan dunia,maka kemewahan itulah yang akan menutup matanya daripada kenikmatan perjalanan menuju kepada nikmat yang lebih baik yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wataala.Tidak dinafikan duit merupakan salah satu “important component” dalam menjalani kehidupan kita.Memiliki harta yang banyak juga tidak menjadi kesalahan sekiranya kita sedar bahawa semua itu bukanlah hak mutlak kita tetapi ianya adalah pinjaman dari Allah.Allah melihat bagaimana orang yang dikurnia-Nya harta dapat meguruskan harta itu dengan baik…dapat membelanjakan harta tersebut di jalan yang diredhai Allah.
Apabila cakap mengenai rukun iman,kebanyakan orang tahu mengenai 6 rukun iman tersebut..tetapi apabila aku teliti kerenah manusia,kebanyakannya tidak menyedari bahawa mereka susah untuk beriman dengan rukun “beriman dengan QADA’ DAN QADAR”..mungkin mereka merasakan mereka telah beriman dengan kesemuanya..tetapi apabila berlaku sesuatu dugaan yang diberi oleh Allah kepada seseorang..maka mereka menyalahkan itu dan ini…kita sepatutnya redha dengan ketentuan yang telah Allah berikan.Baru-baru ini adikku terlibat dalam kemalangan jalan raya .Dia yang menaiki motosikal telah dilanggar oleh seorang pemandu kereta.Jari kaki adikku hampir putus.Ramai yang menyalahkannya kerana dia tunggang motosikal.ada juga yang menyalahkan kedua-dua orang tuaku kerana membiarkan adikku menaiku motosikal.Sungguh kecewa apabila aku dengar tohmahan tersebut.Tetapi aku menyatakan kepada mereka, “Kalau adik naik kereta ke,motosikal ke,kapal terbang ke,jika Allah kehendaki dia accident maka dia akan accident jugak”…Kita harus sdar bahawa semua perkara yang terjadi dalam dunia ini Allah dengan kehendak Allah dengan bertujuan untuk menguji hamba-Nya.
Jika nak tulis mengenai kerenah manusia ni memag banyak,hanya setakat ni je dapat aku kongsi dengan para pembaca yang dihormati sekalian.Fikir-fikirkanlah.Sma-samalah kita muhasabah diri.Salam

 
3 Comments

Posted by on February 3, 2010 in Pendapat

 

3 responses to “Macam-macam kerenah manusia

  1. Mohamad Afiza bin Hamzah

    February 3, 2010 at 2:47 pm

    Salam. Orang selalu kata bawa moto berhati-hati. Tapi, kebanyakan yang aku dengar dari kawan-kawan yang kemalangan, mereka sudah berhati-hati. Tetapi kalau orang lain yang tak berhati-hati macam mana pulak? Dah tentu orang yang berhati-hati pun akan kena langgar. Semuanya qada’ dan qadar.

     
  2. pro-tajdid

    February 3, 2010 at 3:40 pm

    Blog aku yang lain:
    http://solat.wordpress.com/
    http://antibidaah.wordpress.com/
    http://taklid.wordpress.com/
    http://soalanpercubaanspm.freevar.com/

    Aku cadangkan hang buat blog di http://www.blogger.com

    Buat satu lagi blog dalam Bahasa Inggeris.

    -Mohamad Afiza

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: