RSS

“panjangnya umur aku…..”

11 Feb

tgkla skarang…ramai manusia merasakan umur mereka semakin panjang..mungkin diorang teringin nak masuk Guiness World Record kot…hihi..ternyata anggapan mereka salah sama sekali.umur kita sebenarnya semakin hari semakin pendek.usia kita pula semakin hari makin panjang..kerana hari kemtian kita sebenarnya telah ditentukan oleh Allah subhanahu wataala..jika Allah menetapkan seseorang untuk mati pada umurnya 60 tahun,maka semakin singkatlah umurnya ke arah masa yang ditetapkan.semakin hari semakin singkat.

Kenyataan “panjangnya umur aku…” membuatkan manusia begitu enak dibuai oleh tipu daya dunia yang semakin hebat.manusia leka dengan pengakhiran hidupnya yang bakal menjelang.manusia melakukan pelbagai perkara yang dilarang dan dicegah oleh Allah.sedangkan perkara yang HALAL itu sebenarnya lebih banyak daripada perkara yang diHARAMkan oleh Allah.tetapi mengaapa manusia masih melakukan perkara tersebut?…kerana manusia mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan.setiap hari syaitan tidak pernah putus asa untuk menyesatkan dan mengajak manusia untuk sama-sama “mendaftar” untuk masuk ke NERAKA.carilah hidayah Allah sebelum terlambat.sebelum roh ditarik keluar.sebelum jenazh disembahyangkan.sebelum kubur memanggil rumah menghalau.sebelum disimpan di dalam tanah dan sebelum didatangkan kepada kita malaikat yang bakal menjadi “penyoal” amalan2.Insaflah,kematian tidak mengenal pangkat atau darjat,kaya atau miskin,bangsa atau keturunan,agama dan pertuturan.

Banyakkan membaca buku2 ilmiah yang menceritakan tentang azab kubur,hari akhirat dan golongan2 yang dimasukkan ke dalam neraka.Insya Allah sedikit sebanyak akan menambahkan iman kita dari sehari ke sehari.Manusia kebanyakannya ego,tidak mahu mambaca buku2 ilmiah berkenaan..”aku masih muda”…katanya..tidakkah dia melihat bahawa kematian akan datang menjemput tanpa mengira usia…pernahkah anda membayangkan ,apabila anda bangun pada suatu pagi,kemudian anda merasakan ..”mungkin aku mati hari ini”..tentunya seluruh hari itu anda akan memanfaatkan hari tersebut dengan sebaiknya,tanpa mengumpat,tanpa maksiat..tentunya pada hari tersebut dipenuhi dengan alunan zikir yang membasah dan doa yang terus-terusan memohon keampunan daripada yang maha Esa..tetapi malangnya kita tidak tahu bilakah ajal yang telah ditetapkan itu bakal mengunjung tiba ..bilakah masanya saat kita diziarahi?…bagaimanakah keadaan kematian kita?…bersediakan kita untuk bertemu dengan yang maha Esa ?..adakah kita merasakan dengan amalan kita yang tidak seberapa dan hari-hari kita yang dipenuhi dengan dosa sudah cukup untuk membuka ruang untuk mendapat redha Allah?….maka dengan itu,bersedialah dari sekarang.

Ramai yang terlampau ego dan sombong sehinggakan ada yang berkata ,..”aku bukannya nak mati lg..tgk aku masih sihat”..tentunya dia masih tidak sedar bahawa banyak cara yang boleh menyebabkan kematian pada zaman ini…kemalangan,peperangan,serangan jantung secara tiba-tiba.rugilah sepanjang hayatnya apabila hidupnya langsung tidak dimanfaatkan untuk tujuan beribadah kepada Allah,hidupnya tidak dipenuhi dengan zikrullah,hidupnya tidak dimampatkan dengan amalan fi sabilillah,..sama-samalah kita renungkan…

 
Leave a comment

Posted by on February 11, 2010 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: