RSS

membodek…pemusnah negara!!

12 Feb

gejala membodek adalah satu gejala yang paling terkutuk…hal ini bukan sahaja berlaku di peringkat pimpinan sesebuah organisasi besar,tetapi ia turut berlaku di peringkat bawahan.dulu, masa aku jadi Ketua Pelajar di SMK Agama Arau,ada juga pelajar yang ssuka membodek aku termasuk pengawas juga juga.tapi bukan bukan semua.majoritinya baik.cuma ada dalam dua tiga orang ja yang suka membodek.nak lepas daripada tindakan la tu.sebab pengawas2 yang tak buat tugas dan lembab.memg terus dapat surat amaran yang aku sendiri tandatangan…hehe..

balik kepada tajuk,bodek ini satu sifat yang sungguh keji..daripada sifat bodek ini juga,terungkailah satu lagi sifat buruk..iaitu tidak jujur dan ikhlas..jika seseorang itu suka membodek ,sebenarnya ia didatangkan dalam satu pakej (bodek + x ikhlas + x jujur).jadi apabila orang yang dibodeknya itu tidak lagi berkuasa ,maka dia pun terus-terusan menghina dan memboikot orang berkenaan.lihatlah betapa hinanya sifat bodek ini.apabila seseorang melakukan kerja tanpa sifat ikhlas kerana Allah,maka kerja yang  dilakukannya tidak dikira sebagai ibadah.Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Salihin,menyatakan bahawa  niat kerana Allah itu membezakan di antara  ibadah dan adat.Niat kerana Allah dikira sebagai ibadah manakala niat selain kerana Allah dikira adat.

Sudah tentu perbuatan membodek ini adalah salah di sisi Islam dan boleh dikategorikan sebagai Mazmumah iaitu sifat keji.Dalam sesuatu kepimpinan,orang2 “bodek” ni haruslah disingkirkan terlebih awal kerana dialah orang yang akan merosakkan kepimpinan kita.Dialah orangnya yang akan kembali menghina kita suatu hari nanti apabila kita tidak lagi berkuasa.

Hidup ini bukan bertujuan untuk mengejar dunia semata-mata.Tidaklah bertujuan lain sebenarnya orang ynag suka membodek ini hanyalah untuk mencari kepentingannya duniawinya sahaja.Cuba fikirkan pengakhiran hidup ini hanyalah dengan kematian dan setiap perbuatan walaupun seberat zarrah akan dinilai dan dihitung oleh Allah subhanahu wataala.Manusia ini tidak akan merasa bahagia sekiranya Allah tidak menyediakan Hari Pembalasan.Hal ini kerana apabila seseorang ditindas dan dizalimi,maka dia sendirinya akan terfikir, “Balasan Allah sedang menanti”,dengan itu hatinya akan menjadi lebih lapang dan berpuas hati.

Sekian.

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2010 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: