RSS

oh…di situ rupanya tempat ketenanganku…..

14 Feb

hmmm….dua tiga hari ini adalah hari2 yang paling tension dalam hidupku…aku pun tak tahu knapa..semua benda yang inginkan tidak menjadi..bayangkan betapa tensionnya aku…sehinggakan aku tak bercakap satu hari..Ya Allah,rupanya aku terlampau leka mengejar hal dunia..sampai aku melupakan tanggungjawab menuju akhirat,beberapa hari aku tidak solat di masjid..maghrib td,aku sambung rutinku bersolat di masjid..subhanallah..hatiku menjadi sungguh tenang..kalaulah aku dapat menzahirkan ketenangan yang aku rasakan ini kepada semua orang ramai yang malas untuk ke masjid…barulah datang idea untuk menulis sesuatu dalam blogku ini..hehe..dan semua kerja2ku menjadi senang dan beres..masya ALLAH…

Beberapa hari lepas,abahku ada bercakap dengan seorang hamba Allah ni..abah cakap..”kalau sekarang ni kita x mengimarahkan rumah Allah,nanti mati Allah akan soal semuanya,bolehka kalau kita nak jawab?????”…sebenarnya tajuk perbualan tu bermula bila kami singgah di sebuah masjid,pastu dimaklumkan imam masjid ni jarang sungguh ke masjid,…bukan setakat imam saja,sekali dengan bilal sekali..masya Allah,terima tugas tetapi tidak menjalankan dengan sebaiknya,disuruh letak jawatan tetapi tidak mahu…adakah dia fikir bahawa tanggungjawab itu lebih besar daripada “title” yang dia pegang…jika dilihat artikelku sebelum ini,memg aku ada menulis mengenai amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita …bayangkan jika seseorang melakukan kerja hanya kerana pangkat jawatan dan nama semata-mata.apakah yang akan dia jawab apabila disoal di dalam kubur nanti?

Jom pergi masjid!!!!…sama2lah kita mencari ketenangan yang dianugerahkan oleh Allah…mungkin kita tidak sangka itulah tempat ketenangan yang kita cari…tapi apabila kita sendiri bergerak ke rumah Allah dengan hati yang ikhlas,maka kita akan mendapat apa yang kita cari selama ini…

bercakap tentang title dan jawatan ini..memg benar ianya adalah sesuatu yang menarik…ada satu cerita,mak aku pergi kursus dekat satu tempat ni..then ada sorang cikgu cina ni sapa mak aku,dia tanya “you ustazah ke?..mak aku cakap “bukan,saya cikgu matematik”..mgkin sebab mak aku pakai tudung labuh kot..then dia sambung ayat dia,dia cakap..”oh,saya ingatkan ustazah..saya skarang ni memang saya dah tak penah percaya dengan ustaz dengan ustazah ni”..terkejutla mak aku dengar..mak aku tanya knapa..then dia cakap ustaz dengan ustazah dekat skolah dia memang banyak yang penipu!!!!..terdiam mak aku tak terjawab…..

maka renung2kanlah apa yang aku tulis ini..assalamualaikum…

 
2 Comments

Posted by on February 14, 2010 in Diari

 

2 responses to “oh…di situ rupanya tempat ketenanganku…..

  1. Ahmad Kamil

    February 16, 2010 at 2:38 am

    Jom pergi masjid! Hehe..mcm brkempen utk program anjuran kerajaan negeri perlis pula..huhu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: