RSS

“..bila senang..lupa,bila susah….????”-faiz

28 Feb

haha..saja buat tajuk bagi suspen sikit..hmm,nak citer pasal apa erk?

manusia ini akan sentiasa diuji oleh Allah subhanahu wataala..Allah hendak menguji sejauh mana ketaatan seseorang hamba-Nya yang Dia ciptakan , dengan ujian yang pelbagai mengikut tahap keimanan seseorang..para anbiya’ dan sahabat2 nabi sebenarnya menerima ujian yang lebih hebat daripada kita,tapi kita bari kena sikit saja ujian tuhan,dah merungut satu hari!!!…

kenapa bila senang kita lupa?..jangan lupa syaitan durjana yang sentiasa menghasut kita tak kira semasa kita senang atau susah…aku ingin berkongsi satu cerita yang mungkin Insya Allah memberikan kita pengajaran.Sebelum tu aku nak bgtau yang Demi Allah aku tak berniat nak memburuk2kan sesiapa,tetapi hanya ingin berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan pengajaran sesuai dengan tajuk aku hari ni…hmmm..serba salah pulak!!!

ada la seorang hamba Allah ni,dia ni kiranya terkenal jugak la dalam negeri (tuuuuuuuuuuuuutttttttt)…..alhamdulillah..rezekinya melimpah ruah dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala.Pendapatannya lebih kurang RM1800…..korang fikir apa?…setahun?sebulan?…sehari!….bayangkan kalau korang dapat duit banyak tu dalam sehari!!…yang penting kalau dapat pun kita bersyukur…kemudian,nak dijadikan cerita ada la sorang pak cik ni pergi bekerja dengan dia.Suatu hari pak cik ajak la dia pergi solat sama2.Kemudian,dia jawab dengan elok. ..”takpe…pergi dulu..nanti saya datang”…kemudian pak cik ni pun pergi la solat sorang2…kemudian bila pak cik tu datang balik,dia lihat majikan dia tu belum solat jugak walaupun dah lewat..then dia pun tanya..”tuan solat ke belum?”…kemudian dia jawab..”Apasal yang kalut sangat,engkau nak duduk satu kubur dengan aku ke!!!!”…subhanallah…nak dijadikan cerita,beberapa bulan selepas tu,si majikan tu meninggal!!!!!…

apa yang jadi korang fikir la sendiri..tak elok kita cerita aib orang,tapi aku kena cerita untuk pengajaran buat diri sendiri dan orang lain…lagi satu kita janganla suka cakap..”orang tu mesti masuk neraka sebab banyak buat dosa”…jangan cakap benda yang kita sendiri tak tahu…soal neraka dan syurga,dosa dan pahala adalah hak milik Allah.Allah yang berhak untuk menentukan sesuatu…kita cuma fikirkan tentang diri kita.Adakah sudah banyak bekalan amalan yang bakal kita bawa bersama?….astaghfirullah…”Ya Allah,ampunilah dosa2 kami yang telah kami lakukan,sama ada secara sedar ataupun tidak…..”

 
2 Comments

Posted by on February 28, 2010 in Tazkirah

 

2 responses to ““..bila senang..lupa,bila susah….????”-faiz

  1. Mohamad Afiza

    March 1, 2010 at 5:35 am

    Kita tak tau sapa yg akan masuk syurga atau neraka, kita bkn penjaga pintu neraka.. mana tau dia tu dah bertaubat…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: