RSS

Kasi OK yang tak OK

01 Mar

sumber : http://www.imotivasi.com

Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?

Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.

Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.

Ambil sehelai kertas A4.

Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk.

Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.

Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.

Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.

Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.

Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.

Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.

Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2010 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: