RSS

7 petanda orang tak ada matlamat

04 Mar

sumber : http://www.imotivasi.com

Petanda pertama Anda orang tak ada matlamat: Anda asyik keboringan.

Orang yang asyik keboringan tak tahu apa yang nak dibuat maksudnya dia tiada apa-apa yang disiapkan, dikerjakan, disempurnakan. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja sedangkan masa yang ada tu dia boleh guna untuk melakukan berbagai perbuatan berfaedah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Apabila Anda suka mengeluh sebab Anda selalu keboringan, itu petanda paling jelas Anda orang tak ada matlamat. Jika tetiba rasa boring, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan, yang berguna untuk kemajuan diri Anda. Untuk mengatasi keboringan, tanya diri Anda dengan soalan-soalan ni:

a.Apa yang boleh Anda lakukan sekarang ni?
b.Apa yang belum siap?
c.Ada apa-apa yang boleh dibuat?

Tanya dan terus tanya diri Anda. Pastu lihat sekeliling dan fikir. Anda akan jumpa sesuatu perkara yang boleh dilakukan bagi mengelak keboringan. Lama-kelamaan minda Anda akan terlatih untuk meletak matlamat dalam apa jua yang Anda lakukan kesan dari terbiasa melakukan teknik ni. Rahsianya, tanya diri sehingga jawapan ditemui.

Petanda kedua Anda orang tak ada matlamat: Anda malas membaca, malas mencari ilmu.

Orang yang kurang berminat mencari ilmu untuk menambahkan ilmu ibarat orang yang tak mahu memajukan diri. Itu samalah dengan orang yang tak ada matlamat kerana dia tidak tahu apa dia nak buat dengan hidupnya. Hidup ni gunanya untuk berhibur saja!

Ada juga orang yang minat mencari ilmu, tapi minat sekejap cuma. Dia merasakan mencari ilmu ni tak ada guna. Kenapa dia rasa tak ada guna? Sebab dia tak tahu peranan ilmu dalam hidupnya. Ilmu gunanya untuk membuat kita tahu apa yang kita tak tahu, dari situ kita boleh gunakan ilmu untuk mencorak kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Andainya Anda malas membaca, malas mencari ilmu bahkan Anda suka mentertawakan orang yang rajin mencari membaca untuk mencari ilmu itu petanda bahawa Anda sendiri tidak ada keinginan untuk maju atau memajukan hidup Anda. Tafsiran tu sudah tepat untuk menyatakan Anda merupakan orang tak ada matlamat.

Set matlamat (atau target kecil) dalam apa jua yang Anda nak lakukan supaya diri anda terlatih menjadi orang bermatlamat. Barulah hidup Anda ada kemajuan!. Latih diri membaca bermula dengan membaca 1 muka surat untuk sehari. Esoknya, baca 10 muka surat. Lusa, baca 1 bab. Minggu depan, letak target nak habis membaca 1 buku.

Petanda ketiga Anda orang tak ada matlamat: kurang ada keinginan untuk mengubah hidup.

Kesusahan ada jugak bagusnya. Dari kesusahan tu membuat kita ada keinginan kuat untuk mengubah hidup ke tahap lebih maju. Bila kita kurang ada keinginan untuk mengubah hidup, itu petanda kita orang tak ada matlamat.

Jika tak ada inisiatif nak mengubah tahap kewangan kita kesannya kita akan terbiasa menjadi orang yang tak ada keinginan mengubah hidup. Kebiasaan ni membentuk kita menjadi orang yang penuh kenegatifan – melihat sesuatu dari aspek negatif, menilai sesuatu dengan penilaian negatif, memberi respon-respon negatif sebab kita sakit hati melihat orang lebih maju daripada kita.

Orang yang skeptik adalah orang yang kurang ada keinginan untuk mengubah hidup bahkan tak ada inisiatif untuk merubah dirinya ke tahap akhlah yang lebih baik. Permasalahan yang melanda mereka dipandang sebagai ketidakadilan Tuhan, bukannya untuk mempelajari sesuatu dan menggali motivasi tersirat disebaliknya.

Jika Anda rasa anda aysik dilanda masalah atau hidup ni kurang adil sebab asyik memberi Anda masalah, sebenarnya tu semua adalah satu gesaan untuk Anda merubah hidup mulai hari ini. Fokuskan fikiran kepada kejayaan dan kebahagiaan berpanjangan supaya dengan itu Anda ada keinginan untuk mengubah hidup, keluar dari kesusahan yang Anda alami sekarang ini.

Jangan asyik bergelumang dengan fikiran bermasalah kerana perbuatan sebegitu akan menarik lebih banyak masalah masuk ke dalam hidup Anda. Penyelesaiannya, marakkan semangat mau merubah hidup ke tahap lebih baik. Biar semangat tu membara setiap hari, untuk membuat Anda sentiasa bermotivasi.

Petanda keempat Anda orang tak ada matlamat: sentiasa hanya mahu bersenang-lenang.

Ataupun, Anda sebenarnya orang susah tapi berlagak seperti orang senang kemudian hanya mahu yang senang-senang. Orang yang hanya mahu senang-lenang tanpa ada sikap sanggup bergelut dengan kesusahan, dia adalah orang yang tak ada matlamat. Sebaliknya, orang yang ada matlamat akan sanggup menempuh apa saja jenis kesusahan janji dia boleh capai matlamat dia…sikap ni ada tak pada Anda?

Jika Anda ada beberapa orang kawan yang mempunyai sikap hanya mau bersenang-lenang seboleh mungkin jarakkan pergaulan Anda dengan mereka kerana Anda akan terjangkit dengan sikap mereka. Anda akan mempunyai sikap yang sama, iaitu sentiasa hanya mahu bersenang-lenang.

Kita akan terdorong untuk mengikuti apa yang kita nampak kawan kita buat. Kekadang diorang pun akan ajak kita buat perkara yang diorang buat, berperangai macam diorang punya perangai. Untuk mengelakkan Anda terjangkit sikap sentiasa hanya mahu bersenang-lenang, bina momentum diri.

Bagaimana? Set target, kemudian rajinkan diri untuk mencapai target tu. Fikir hanya target tu saja! Lama-kelamaan Anda akan membina momentum. Orang berjaya ada momentum masing-masing.

Islam melatih kita menjadi orang bermatlamat dan bermomentum bermula dengan matlamat penyempurnaan sembahyang setiap hari, start dari waktu sembahyang Subuh membawak ke sembahyang Isyak, bahkan Allah menjanjikan ganjaran besar pada orang Islam yang menyempurnakan sembahyang di awal waktu.

Petanda kelima Anda orang tak ada matlamat: lebih banyak menuding jari pada orang lain dari menerima silap diri sendiri.

Orang yang ada keinginan untuk maju, dia bertanggungjawab atas segala kesilapan yang dia buat, sengaja atau tak sengaja. Orang yang langsung tak ada keinginan untuk maju, dia lebih banyak menuding jari pada orang lain untuk menutup kesilapan dirinya. Nak cover malu.

Orang yang tak ada matlamat akan sentiasa hanya mahu bersenang-lenang seperti yang dikatakan dalam petanda keempat. Orang kerana dia mahu senang, dia akan menuding jari pada orang lain atas segala kesilapan yang berlaku dalam hidupnya. Orang yang camni punya perangai kita akan jumpa di mana-mana, kengkawan kita sendiri ada gak.

Jika Anda terlihat orang sebegitu, itu merupakan petanda dia adalah orang tak ada matlamat. Orang yang ada matlamat, segala kesilapan, kegagalan dia akan terima dan dianggap sebagai proses pembelajaran untuk dia menjadi semakin baik. Dia sedar, dalam mencapai matlamatnya, dia akan jumpa macam-macam kesilapan, macam-macam kegagalan.

Mulai hari ini, elak untuk membiarkan fikiran Anda menyalahkan orang sekeliling. Jangan menyalahkan situasi yang melanda hidup Anda atau menyalahkan kengkawan Anda. Bertanggungjawablah kemudian janji pada diri sendiri untuk buat lebih di baik di lain kali.

Petanda keenam orang tak ada matlamat: banyak mengomplen dari mendiamkan diri lalu merajinkan tangan berusaha.

Dalam proses memburu kejayaan, Anda akan berjumpa dengan dua jenis orang ni:

1. Orang banyak bercakap, banyak mencadangakan, mengomplen, mengkritik, membanding-banding Anda dengan orang lain.
2. Orang banyak berdiam dari bercakap, dalam diam-diam pencapaiannya hebat, sahsiahnya bagus, akhlaknya tinggi.

Jika Anda berjumpa dengan orang yang lebih banyak mengomplen dan mengkritik tapi masih kurang mencapai apa-apa pencapaian cemerlang dalam hidupnya, itu petanda dia adalah orang tak ada matlamat. Seluruh hidupnya dihabiskan hanya untuk mengomen dan mengkritik orang-orang disekeliling. Ada-ada saja yang dia tak puas hati. Dia pula masih kurang berusaha untuk memajukan pencapaiannya sendiri.

Orang camni memang kita tak leh elak.

Dalam sektor kerajaan Anda akan ramai jumpa orang camni. Mintak maaf mintak ampun. Dari kajian saya orang kita memang ramai berperangai gini khususnya dalam sektor kerajaan – misalnya kat sekolah bantuan penuh kerajaan, dalam jabatan-jabatan kerajaan, ofis-ofis kerajaan. Asal namanya kerajaan, memang adalah tu. Ada.

Untuk mengawal diri Anda dari berperangai serupa, sebaiknya cakap apa yang perlu saja. Tak semestinya kena jadi pendiam. Cakap di saat situasi memerlukan Anda bercakap. Biar berusaha lebih banyak dari bercakap. Orang sekeliling bijak menilai.

Kita tak perlu menampakkan diri kita ni orang yang tahu banyak perkara. Sebaliknya, biarlah hasil perbuatan kita ‘bercakap’ untuk kita. Biar mereka nilai kita dari apa yang kita capai, bukan apa yang kita cakap.

Petanda ketujuh orang tak ada matlamat: anggap impian mahu berjaya satu perkara mustahil

Bagi orang yang tak ada matlamat, dia akan anggap impian mahu jadi orang berjaya satu perkara mustahil. Oleh kerana dia rasa kejayaan tu mustahil untuk dicapai, dia tak nak bersusah-susah mencapai kejayaan, kesannya dia akan selalu merasa bosan lalu sikap tu mendorong dia untuk mahu bersenang-lenang saja tanpa ada sedikit kesanggupan untuk menempuh saat-saat kesusahan. Bila dia susah, dia akan salahkan takdir, salahkan Tuhan, salahkan kengkawan (atau ahli keluarga) sebab tak tolong dia.

Bila Anda anggap kejayan tu satu perkara mustahil untuk Anda capai, kesannya Anda akan hilang inisiatif untuk merubah hidup. Dalam jangka masa panjang, sikap camni akan terubah kepada kekufuran. Hilang pedoman, bahkan berkata Tuhan tu tak adil sebab menjadikan hidupnya susah (sebenarnya dia sendiri yang tak berusaha sekuat daya merubah hidup menjadi senang lalu mencapai tahap kesenangan).

Kesusahan tu sifatnya subjektif – boleh berubah.

Kesusahan ibarat satu perhentian. Kita boleh tiba disitu, berhenti 2-5 sat kemudian meneruskan perjalanan. Samalah juga ibarat sebuah bilik yang kita boleh masuk sekejap pastu keluar balik. Kesusahan akan jadi kekal dalam hidup kita apabila kita tidak berubah mencapai kesenangan.

Untuk mencapai kesenangan hidup, kita perlu meletak matlamat (atau target). Tujuannya supaya kita tahu apa yang kita nak capai dalam hidup ni, orang cemana kita nak jadi, gaya hidup cemana kita nak nikmati. Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan selalu.

Fikirkanlah kejayaan selalu supaya Anda menjadi orang yang berjaya satu hari nanti.

Anything is possible!

 
1 Comment

Posted by on March 4, 2010 in Artikel

 

One response to “7 petanda orang tak ada matlamat

  1. Mohamad Afiza

    March 4, 2010 at 7:09 am

    Artikel yg bagus. Boleh tak jgn copy dan paste artikel org lain sbb nanti akan bercambah artikel yg sama. Aku nak baca artikel tulen, katakan tidak pada cetak rompak.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: