RSS

artikel untuk dikongsi bersama….

21 Mar

sumber : http://www.imotivasi.com

BOS PANAS BARAN

Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.

Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.

Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, Anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan Anda, professionalisma Anda juga kecekapan Anda bekerja supaya dia sedar yang Anda akan kelebihan tersendiri.

Berikan dia idea-idea bernas dari kepala Anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja Anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.

Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak Anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi Anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos Anda.

Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.

Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini.

Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati.

Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk Anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan Anda.

Tips 3: Bila bos Anda marah Anda, biarkan saja dia marah Anda semarah yang dia boleh marah.

Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mugkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau simply merasa tertekan dengan timbunan kerja.

Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila Anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah.

Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya.

Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang power dia akan menjadi seseorang yang amat baik.

Masa nilah Anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos Anda yang Anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan Anda.

Bos Anda akan menganggap Anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali Anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, Anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan.

Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi.

Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2010 in Tazkirah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: