RSS

politik atau agama?…..

22 Mar

Mempolitikkan Islam dan mengislamkan politik adalah 2 istilah yang sungguh besar jurang perbezaannya.Jika dilihat senario masa kini,ramai di kalangan ahli politik tidak kiralah dari pihak mana pun,menggunakan pentas Islam untuk mendapatkan pengaruh dan sokongan. Adakah golongan ini tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka?

Mencari keredhaan Allah dalam setiap perkara merupakan perkara asas yang perlu kita nekadkan di dalam hati sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.Jangan jadikan pekerjaan harian kita sebagai satu budaya,tetapi jadikanlah pekerjaan harian kita sebagai satu ibadah yang mendatangkan pahala dan manfaat kepada kita dari dunia hingga akhirat.Apabila mentaliti seseorang lebih menjurus kepada keikhlasan dalam melakukan pekerjaan sebagai satu ibadah,maka masalah-masalah mempentaskan agama sebagai elemen untuk mendapatkan pengaruh,harta,pangkat dan kekayaan tidak akan timbul.Begitu juga dengan masalah-masalah lain seperti korupsi dan sebagainya dapat diselesaikan dengan mudah dan effisien.

Rakyat bawahan terutamanya umat Islam akan teraniaya apabila berada di bawah satu kepimpinan yang tidak bercorakkan sistem pemerintahan Islam.Apabila sesebuah negara itu mengecapi pelbagai nikmat kesenangan serta kemajuan,maka bukanlah peringatan serta sikap berhati-hati yang diterapkan,bahkan disajikan pula dengan aktiviti hiburan yang melampau dan tidak sesuai dengan suasana Islam.Keadaan seperti inilah yang mampu merosakkan generasi yang juga akan menentukan arah tuju masa depan sesebuah negara.Jangan biarkan kita sendiri merana di masa hadapan.

Corak pemerintahan yang bersifat Islamik adalah sangat penting dalam memberikan ketenteraman hidup dan menjamin perpaduan di kalangan rakyat dalam sesebuah negara.Pemupukan budaya yang tidak bermoral mampu merosakkan nilai-nilai murni dikalangan masyarakat.

Ada orang cakap..”Alah,benda ni aku dah dengar beribu kali,tak cakap pun tak apa”.Tetapi al-quran menyatakan. “Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang mukmin”.

Istilah lain yang boleh digunakan selain daripada yang disebutkan tadi ialah “Memelayukan Islam”.Ini juga merupakan satu perkara yang salah.Hal ini akan menyebabkan orang bukan memahami bahawa “Islam itu Melayu”.Ini adalah satu perkara yang berbahaya.Hal ini kerana kesucian serta kesempurnaan Islam itu tidak ada tolak bandingnya dengan apa pun.Islam adalah agama yang benar.Apabila Islam diistilahkan seperti berikut,maka akan berlaku salah faham yang sangat besar di antara orang Islam dan orang bukan Islam..

Wallahu A’lam.

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2010 in Pendapat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: