RSS

aku redha..

23 Mar

aku redha dengan setiap apa yang berlaku.

aku redha dengan setiap apa yang orang nak kata.

tetapi sebenarnya , orang yang suka mengata dekat orang ni (tak kiralah tentang fizikal ataupun apa je la) sebenarnya tidak mempunyai iman.kerana setiap apa yang ada pada seseorang manusia itu sebenarnya diciptakan oleh Allah subhanahu wataala.dalam kata lain,orang yang suka mengata orang ni seolah-olah mempertikaikan apa yang Allah telah berikan atau ciptakan untuk seseorang tu.

kemungkinan juga,nikmat yang Allah kurniakan kepadanya seolah-olah tidak cukup,lalu dia pun sibuk untuk komen orang itu dn ini.manusia diciptakan dengan 1001 kekurangan dan 1001 kelebihan.tak payahla nak berlagak dengan apa yang kita ada.Dalam sekelip mata Allah boleh tarik balik benda yang ada pada kita.

manalah tahu,masa dok mengata dekat orang tu,Allah perintahkan malaikat ambik nyawa ke,ataupun Allah ambik orang yang kita paling sayang ke (ibu bapa) dan pelbagai lagi kemungkinan nikmat yang boleh ditarik semula.Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab.manusia kadangkala terikat dengan sifatnya yang suka bercakap.apabila dia terlalu kekurangan idea untuk bercakap,maka mulalah syaitan durjana tu bisk-bisik suruh cakap pasal orang itulah,orang ini lah.

kerana mulut badan binasa.lidah yang diciptakan oleh Allah untuk kita merupakan antara nikmat-nikmat yang paling besar dianugerahkan kepada manusia yang normal.ada orang yang bisu.ada orang yang pekak.macam-macam kekurangan yang kita boleh cari.tapi masalahnya sekarang ialah,kita suka mencari kelemahan orang lain untuk kita sebut-sebut dan ejek dia.tanpa kita sedari,yang orang yang kita hina itu lebih mulia daripada kita sepertimana disebutkan dalam Al-Quran.Di samping itu kita juga menjadi lupa tentang beribu-ribu kekurangan yang ada pada kita.

apabila kita mengata orang,kita suka,tapi apabila orang mengata kita balik,mula nak mengamuk tak tentu pasal.adilkah sifat kita begitu?.tidakkah kita terfikir bahawa betapa keterlaluannya kita.apa kita nak jawab bila kita dibangkitkan nanti..?

renung2kanlah untuk dihayati bersama.

 
Leave a comment

Posted by on March 23, 2010 in Pendapat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: