RSS

Idola : Sekadar gelaran atau contoh

24 Mar

Mencari seseorang idola sebagai contoh dalam hidup sangat sukar kerana tidak ada seseorang idola pun yang dapat menandingi kehebatan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ramai orang terlampau sibuk meniru idolanya membuat itu dan ini,akhirnya,idola yang dipujanya itu lebih teruk daripada dirinya sendiri.Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik dalam setiap perkara.

Mana lebih baik di antara cuba mencari seseorang idola yang boleh dijadikan contoh (selain Nabi Muhammad) atau cuba menjadikan diri kita seboleh-bolehnya sebagai seorang idola?.Jawapannya berada di tangan anda sendiri.Jika “title” idola itu dijadikan sebagai seolah-olah seperti satu jawatan ataupun gelaran yang wajib diwujudkan,kemungkinan besar idola hanya akan menjadi sekadar gelaran semata-mata.Tetapi jika “idola” itu hanya merupakan satu gerak hati sendiri untuk menjadikan seseorang sebagai contoh,maka itu akan menunjukkan anda jalan yang sepatutnya.Kerana itulah saya katakan,tidak ada idola yang dapat menandingi kehebatan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

SALAH MEMILIH IDOLA

Apabila menyentuh mengenai perkara ini,ternyata pada zaman sekarang ramai orang salah memilih idola mereka masing-masing.Kebanyakan idola yang dipilih hanya untuk tujuan memenuhi kehendak duniawi semata-mata.Sedangkan idola yang sepatutnya dicari ialah idola yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.Jika seseorang idola itu hanya tertumpu kepada sesuatu bidang,itu bukanlah dinamakan idola,tetapi hanya sebagai contoh terhad kepada bidang itu sahaja.Antara ciri-ciri idola yang baik ialah :

1) Menyedari kelemahan dirinya dan tidak sombong

2) Mengajak pengikutnya melakukan perkara-perkara yang baik

3) Tidak menjadikan gelaran itu sebagai satu platform untuk mendapatkan sesuatu

4) Tidak menjadikan dirinya sebagai bahan bandingan dengan orang yang lebih lemah

5) Mengingatkan pengikutnya tentang idola yang terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w

Mungkin sukar untuk kita mencari idola yand dapat memenuhi tuntutan dan kehendak hati kita.Kesimpulannya,jangan jadikan idola itu sekadar gelaran tetapi jadikanlah idola itu sebagai contoh yang boleh membawa kepada kebaikan.Tiada idola yang dapat menandingi kehebatan Nabi Muhammad s.a.w.

 
Leave a comment

Posted by on March 24, 2010 in Pendapat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: