RSS

sama pekerjaan,tapi tak serupa?

26 Mar

memang pelik tajuk n…ntah apa-apa lah..hmmm

benda ni aku dah tulis dalam facebook…jika nak dibandingkan seorang ibu menjaga 10 orang anak,ianya tidak akan dapat ditandingi jika hendak dibandingkan dengan 10 orang anak menjaga seorang ibu..ibu dan juga bapa mempunyai sifat kasih sayang yang sangat dan tak mungkin terbeli dengan wang ringgit..mungkin ada ibu bapa yang menjual anak mereka,tetapi mungkin itu kerana kesempitan hidup yang dialami.Padahal dalam hatinya begitu berat untuk dia melepaskan anak yang dia lahirkan sendiri dengan susah payah yang ditanggungnya sekian lama.

Bukanlah menjadi suatu yang mustahil apabila seorang anak tidak dapat mengasihi ibunya sepertimana ibunya mengasihinya.Hal ini kerana kasih ibu itu tidak dapat ditandingi.Padahal perbuatannya tetap sama iaitu si ibu mengasuh si anak dan si anak menjaga si ibu.Kadangkala ibu atau bapa itu ditinggalkan di rumah orang tua-tua.Pernahkah kita terfikir tidak mungkinkah kita pula bakal berada di situ?Kerana setiap perbuatan kita ada balasannya dan setiap perbuatan kita juga dilihat dan diperhatikan oleh setiap ahli keluarga dalam hidup kita.Adakah kita merasakan kita telah menunjukkan contoh yang terbaik?

HUBUNGAN SESAMA MANUSIA,HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Menjaga hubungan di antara sesama manusia itu amatlah penting.Hubungan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Sesetengah orang memandang peribahasa hanya sekadar peribahasa.Setiap peribahasa sebenarnya membawa 1001 makna.Daripada peribahasa di atas,buluh yang masih di peringkat rebung masih mudah kita lenturkan,tetapi apabila usianya semakin tua,apabila kita cuba melenturkannya,maka kita pula akan dibidasnya!.Samalah seperti manusia.

Hubungan dengan ibu bapa merupakan pokok pangkal yang amat penting dalam memulakan hubungan dengan manusia sekeliling kita.Jika hubungan dengan ibu bapa pun tidak baik,maka fikir-fikirkanlah sendiri.Hubungan dengan Allah juga adalah satu perkara yang amat perlu dijaga dengan sebaik mungkin.Terdapat masyarakat yang hanya memilih salah satu daripada hubungan tersebut.Ini adalah salah sama sekali.Renung-renungkanlah.

 
Leave a comment

Posted by on March 26, 2010 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: