RSS

Orang Miskin Yang Sombong

03 Apr

ORANG MISKIN YANG DIMURKAI ALLAH (harta dan ilmu)

si miskin yang dimaksudkan ialah miskin harta,ilmu serta kufur nikmat

Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa kemiskinan itu dekat dengan kekufuran.Ertinya,kesusahan hidup boleh menyebabkan berlaku perbuatan mungkar dan maksiat sehingga menyebabkan kemurkaan dan azab dari Allah s.w.t.Sudahlah hidup di dunia miskin,melakukan maksiat pula.Akhirnya susah yang berlipat kali ganda.Inilah yang dikatakan miskin di dunia dan miskin di akhirat.Bukanlah tujuan kita untuk menghina golongan yang miskin harta,tetapi miskin harta dan kaya nilai ilmu dan ibadah itu jauh lebih baik.Kerana rezeki Allah di dunia ini,di mana-mana pun kita boleh cari asalkan ianya Halal.

CACAT DI DUNIA DAN AKHIRAT

Golongan yang miskin di dunia dan miskin pula di akhirat bermakna di dunia hidup susah,di akhirat lagi susah kerana dimasukkan ke dalam api neraka untuk menerima siksaan akibat maksiat yang dilakukannya.Jumlah golongan ini pada masa kini adalah begitu banyak sekali.Mereka berselerak di mana-mana,menadahkan tangan dengan manggadaikan maruah dan harga diri.Golongan yang dikategorikan sebagai orang yang cacat di dunia dan akhirat adalah seperti berikut :

  1. Golongan yang tidak berilmu/mengetahui/faham serta tidak beramal ditambah pula dengan kedudukannya yang dhaif dan lemah.
  2. Golongan yang sentiasa bersangka buruk dengan orang-orang yang kaya.
  3. Golongan orang miskin yang secara terbuka menyatakan di hadapan orang lain,terutamanya di hadapan orang kaya yang didengkinya dengan kata-kata yang angkuh,misalnya : ” Aku orang miskin,kau orang kaya,kau masuk neraka,aku masuk syurga,sebab Allah membantu aku”.
  4. Tidak pernah bersyukur malah angkuh di atas pemberian Allah dari segi kesihatan,rezeki (walaupun menerusi sedekah atau meniaga kecil-kecilan)
  5. Golongan yang cenderung terpesong  akidahnya termasuk syirik.Misalnya dengan cara bergantung kepada benda-benda lain selain Allah seperti tangkal dan azimat.Atau main nombor ekor,judi,atau memanggil ibu duit” untuk mendapat kekayaan.
  6. Golongan yang malas berusaha walaupun cukup anggota dan keupayaan.Segolongan yang lain pula begitu cenderung kepada kerja-kerja maksiat dan haram seperti nafsu syahwat dan tidak kurang yang minum arak dan berpegang kepada ajaran sesat yang terkeluar daripada landasan agama Islam.
  7. Perasaan su’ul zhan disebabkan kurang ilmu agamanya.
  8. Golongan yang bersangka buruk kepada Allah s.w.t yang membawanya kepada kufur akidah termasuk syirik.
 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2010 in Tazkirah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: