RSS

Wajib Berpegang Kepada Kitab Allah dan Jalan Pimpinan Rasulullah

03 Apr

Tajuk kali membahaskan tentang wajib kepada setiap individu muslim berpegang kepada kitab Allah dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. Firman Allah subhanahu wataala:

“..dan hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan kitab Allah Al-Quran…”

(Ali Imran : 103)

“…dan apa jua suruhan yang dibawa oleh rasulullah kepada kamu,maka ambillah akan dia serta amalkan,dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya,maka patuhilah larangannya..”

(Al-Hasyr : 7)

Kedua-dua ayat Al-quran di atas menjelaskan kepada kita tentang kewajipan kita untuk berpegang kepada Al-Quran dan mengikuti setiap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kepada kita serta meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Rasulullah.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,”Dari Zaid bin Arqam,radhiallahu anhu,katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Kitab Allah Azza Wa Jal ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah),sesiapa yang menurutinya,maka beradalah dia dalam hidayah petunjuk yang sebenar-benarnya,dan sebaliknya yang meninggalkannya,maka beradalah dia dalam kesesatan”

Kitab Allah ialah Jalan Perhubungan Seseorang dengan Allah

Allah subhanahu wataala merupakan pencipta alam seluruhnya dan pencipta manusia khasnya.Manusia tidaklah seperti keadaan kayu dan batu,dan tidak juga seperti haiwan-haiwan,tetapi manusia adalah sejenis makhluk yang kejadiannya tersusun daripada jasmani dan rohani,serta disertai dengan sifat-sifat yang istimewa yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain.Oleh itu,tidak patutlah manusia hanya tinggal manusia,tidak lebih daripada itu,bahkan wajiblah ada perhubungan dengan Allah penciptanya.Maka jalan perhubungan manusia dengan penciptanya tidak lain dan tidak bukan melainkan Al-Quranul Karim.

Di dalam Al-Quran ada kandungan-kandungan,ada tunjuk ajar untuk seseorang mencapai keselamatan,ada yang berupa suruhan,ada yang berupa larangan,sama ada dalam bahagian ibadah,mahupun dalam bidang-bidang kehidupan  yang wajib di patuhi tidak kira di mana seseorang itu berada atau pada zaman bila pun dia hidup,hingga hari kiamat.

Nasib Seseorang Bergantung kepada Kepatuhan Kepada AL-Quran

Hal nasib ini sentiasa dipersoalkan oleh setiap orang dalam setiap masa lebih-lebih lagi pada zaman sains dan teknologi ini.Mereka berusaha dan bertindak bertujuan untuk membela nasib ataupun membaiki nasib.Tetapi,nasib yang mereka maksudkan itu hanya merangkumi kehidupan duniawi semata-mata,dengan tidak memandang kepada akhirat.Adapun nasib seseorang dalam agama ialah nasibnya yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat .Dengan yang demikian,maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagian dunia dan akhirat,wajiblah seseorang itu menuruti setiap ajaran kitab Allah dan menuruti segala perintahnya serta meninggalkan segala larangannya.

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2010 in Tazkirah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: