RSS

Mencari Satu Kejujuran Dalam Sejuta Perkara

24 Apr

Jujur merupakan salah satu daripada sifat mahmudah yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian manusia.Dalam melalui liku-liku kehidupan seharian,banyak perkara yang “ketagihkan” rasa jujur dalam melaksanakannya.

Sifat jujur dalam diri seseorang mampu meningkatkan tahap kepercayaan orang lain kepadanya.Ianya juga boleh dikatakan salah satu sifat orang-orang yang beriman.Apabila seseorang mula diberi kepercayaan oleh orang lain untuk melakukan sesuatu perkara,maka terbuktilah bahawa “Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman”.

Kebolehan seseorang yang memiliki sifat jujur tidak boleh dipertikaikan oleh orang lain sekiranya dia tetap dengan sifat jujurnya.Nabi Muhammad sendiri memiliki sifat jujurnya sehingga ada yang menggelarnya “Al-Amin”.Sifat jujur juga boleh mengelakkan berlakunya fitnah kepada seseorang.Oleh itu,berjinak-jinaklah dengan sifat yang mulia ini.

 
 

Leave a comment