RSS

Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):

03 May

sumber : an-nawawi.blogspot.com

Artikel ini hanya bertujuan untuk renungan bersama.Ianya tidak ditujukan kepada sesiapa dan tidak bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa.Sebahagian nasyid menggunakan medium dakwah dengan betul dan mampu menyampaikan mesej dakwah dengan baik…

1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas
hiburan.
2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.
4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.
5 – Mencemarkan imej dakwah.
6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan
(ikhtilat).
7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu
dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi
kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk al-
Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)
8 –  Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah
haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang
perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)
9  – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat,
dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis.
Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan
medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan
mereka lantas mengharamkan nyanyian?
10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia
maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.
11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi
adegan-adegan lakonan.
12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa
pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: