RSS

TUNTUTAN SOLAT JEMAAH

01 Mar

MASALAH :: Lelaki melakukan solat fardhu di rumah,tidak di masjid dan tanpa uzur?

JAWAPAN:::Berdasarkan ayat-ayat al-quran dan al-hadith dijelaskan seperti berikut :

  1. Mengabaikan perintah Allah yang menuntut ruku’ bersama orang-orang yang ruku’ (Al-Baqarah 2:43)
  2. Jika di medan perang sekalipun dituntut solat jemaah (solat khauf) maka dalam suasana aman adalah aula (lebih-lebih lagi)- (An-Nisa 3:102)
  3. Tidak mendapat pahala solat berjemaah sebanyak 27 kali ganda,di samping solat tidak sempurna-(Al-Hadith)
  4. Tidak mendapat pahal solat dalam jemaah yang besar
  5. Mengabaikan usaha memperoleh fadhilat dari langkah-langkah perjalanan ke masjid untuk solat,mengangkat darjat dan menggugurkan dosa. – (Al-Hadith)
  6. Mengabaikan amaran Rasulullah s.a.w yang hendak membakar rumah lelaki yang tidak keluar solat berjemaah di masjid – (aL-hADIS)
  7. Mengabaikan sunnah Rasullulah s.a.w yang sentiasa bersolat di masjid – (aL-hADIS)
  8. Mengabaikan perintah Rasulullah s.a.w , apabila mendengar azan di masjid,supaya menyahut seruan azan tersebut – (AL-hADIS)
  9. Tidak mendapat kelebihan solat tahaiyah al-masjid di masjid,kerana tiada solat tersebut melainkan di masjid – (Al-Hadis)
  10. Tidak mendapat kelebihan duduk iktikaf di masjid,kerana tiada iktikat melainkan di masjid – (Al-hadis)
  11. Tidak mendapat kelebihan doa para malaikat supaya Allah swt memberikan rahmat dan keampunan – (Al-Hadith)
  12. Tidak mendapat kelebihan pahala menunggu untuk bersolat bersama imam – (Al-HADITH)
  13. Solat yang dilakukan oleh lelaki itu tidak sempurna,kerana tidak melakukan solat di masjid atau tempat yang diazankan- (Al-hadith)
  14. Tidak menyertai penyatuan hati-hati ke arah perpaduan umat islam melalui pelurusan san penyemaan sof-sof solat – (al-hadith)
  15. Tiada usaha mengikat hati dengan masjid,yang kelebihannya boleh mendapat lindungan Allah di akhirat-(al-hadith)

(Alasan keterangan AL-QURAN dan AL-HADIS di atas, adalah di ambil dari mantuq nas (dzahir nas) dan mafhum nas (makna tersirat))

jom pi masjid!!!!

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: