RSS

Jangan Cabar Allah!

27 May

Alhamdulillah.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah berhak mengurniakan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Pada suatu malam,saya menghadiri sebuah ceramah dan ustaz tersebut telah menyampaikan sebuah cerita yang amat menginsafkan dan benar-benar berlaku.

Ada seorang gadis.Gadis ini gemar memakai pakaian yang tidak menutup aurat selain pakaiannya yang ketat dan tak sesuai dengan perwatakannya sebagai seorang wanita.Sebagai wanita sepatutnya mereka tahu batas-batas aurat yang telah ditetapkan untuk mereka mematuhinya.

Dipendekkan cerita pada suatu hari,semasa dia sedang keluar bersiar-siar di bandar,dia telah bertembung dengan seorang mak cik tua. Mak cik tua itu tidak berapa senang dengan penampilan gadis terbabit dan dia berasa malu dengan cara gadis tersebut berpakaian. Dia pun menegur gadis tersebut, “Adik,kalau boleh pakailah pakaian yang menutup aurat.Allah memerintahkan kita menutup aurat,Apatah lagi kita sebagai perempuan”….

Mendengar sahaja teguran daripada mak cik tersebut,gadis itu berasa tercabar dengan teguran mak cik tersebut.Dengan perasaan marah gadis itu memberikan handphone miliknya kepada mak cik tersebut dan berkata “okey,kalau macam tu mak cik ambik handphone saya,telefon Allah cakap saya nak tempah neraka siap-siap!”..katanya dengan nada marah…astaghfirullahal azim

mak cik tersebut berasa terkejut dengan apa yang diluahkan gadis tersebut.Dia pun terus pergi dari situ.

Tapi,Allah itu Maha Berkuasa.Dia berhak ke atas setiap makhluk ciptaannya.Tidak lama selepas itu,badan gadis itu menjadi panas yang terlampau.sehingga tidak ada seorang pun yang boleh memegang badannya.kepanasan badannya itu menyebabkan dirinya begitu terseksa.sehinggalah akhirnya dia pun meninggal dunia dalam keadaan badannya panas begitu..

Astaghfirullahal azim..janganlah kita mencabar Allah ..insaflah sebelum terlambat!…sekian.

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: