RSS

new spirit just reached!

13 Oct

Assalamualaikum warahmatullah…alhamdulillah dah lama x update blog..kenapa hari ni nak update?..coz today  aku rasa happy sangat.Antara benda yang boleh menggembirakan hati kita adalah apabila seseorang sudi untuk mendoakan kejayaan kita di dunia dan akhirat…hmm..

Malam tadi,masa tengah belek2 buku anatomy n physio,aku rasa syukur sangat sbb ada di antaranya telahpun aku belajar semasa di Universiti Sains Islam Malaysia dulu.Ada seorang pensyarah,namanya Shamsiah Mohd Hidir.You know,kalau u all masuk dalam kelas dia,and fokus betul2,aku jamin korang memang rasa subjek biology mcm kacang je…she was very good in delivering words and stylish!

I like the way she teach everyone.Dia selalu cakap “many people look,but do not see…many people hear,but do not listen..” perkataan yang penuh dengan makna…contoh,bila kita tgk buku,kita hanya melihat buku adalah buku,tetapi kita tidak melihat buku adalah sumber ilmu..(look and see give different meanings)

Back to the story,rasa seronok td membawa kepada kesyukuran kepada Allah,…Teringin pulak nak send mesej kat teacher sham,nak cerita kat dia betapa manfaatnya ilmu yang dia sampaikan….then aku pun tulisla mesej ni…..

“Salam madam sham.saya ex-tamhidi sains tekno 2010,mohd faizuddin bin sahimi group 7 first semester then saye berhenti dr usim.takpe kalau teacher tak ingat saya.tp saya nak teacher tahu ilmu yang teacher bg dekat saya sangat berguna.sekarang saya di mesir sambung bidang perubatan.subhanallah,banyak ilmu2 yang teacher ajar boleh digunakan dan menambah pemahaman saya.saya doakan semoga teacher berterusan berada dalam rahmat Allah kerana ilmu bermanfaat yang teacher sampaikan.saya mintak teacher halalkan ilmu itu dan doakan saya untuk dapat mumtaz dlm final exam nanti.syukran teacher shamsiah”

Rasa puas bila dapat send mesej camtu.aku x mengharap dia balas.aku cuma nak dia tahu aku menghargai semua ilmu yang dia sampaikan..

Tetiba dia reply mesej aku…dia tulis “Tq 4 ur kind words.Work hard dan saya doakan faiz berjaya dunia dan akhirat.Amin…”

Bestnya bila ada orang yang sudi mendoakan untuk kita..mendoakan kejayaan kita…rasa lebih bersemangat…thanks teacher.

 
Leave a comment

Posted by on October 13, 2011 in Uncategorized

 

Leave a comment