RSS

Category Archives: Diari

apa benda ni?

td msuk klas kimia,at first memang semanga sangat2 nak blaja.siap dh bli buku rujukan masa kat perlis g untuk kimia..tp bila masuk…..

hua…lecturer tu ajar sket,dah tu bila bru nak paham..”ok we’ll proceed to next slide”..!!!!…tolong!!!….so malam ni aku terpaksa la kna study balik sendiri semua yang dia dah ajar…huhu..

salam.

 
2 Comments

Posted by on June 1, 2010 in Diari

 

Diari 007

hr ni memg boring…huh..ditambah pulak dgn…

aku ada mslah sket dgn pakaian aku …tukang jahit yang buat seluar aku tu,dia buat seluar tu singkat + kecik!!!…jd macam badutla aku…so bila call mak aku dia cakap kalau boleh balik,balik la

aku pun pning macam mana nak mintak balik…last alternative,aku pun hntar la msej yang panjang lebar dkt YDP MPP…aku hantar 4 page..dia balas 1 page je…dia cakap “balik je”

alhamdulillah…syukur sgt..tak sanggup aku nak pakai seluar yang kecik + singkat…then satu lagi masalah…aku xde transport nak ke stesen bas express…kat sini memang jauh dari bandar + kemudahan awam..alhamdulillah.Allah permudahkan lagi urusan aku….tgh aku mesej dgn sorang senior ni,tetiba aku teringat nak tanya tntg pengangkutan nak balik..terus dia sent number tipon pemandu teksi..

lpas tu..aku xtau plak ada stesen bas express kat sini ( seremban)..then aku tanye dia kalau nak g seksen 17 brapa ringgit..dia ckap.”rm70″!!!!terkejutnya aku…dah tu hari ni aku tipon dia lg…aku tanye la ada x stesen bas express dkt2 sini..dia cakap “ade,tp 50rm”…alhamdulillah..kurng sket..tp mahal gile!!!

so..apa2pun,berrssabarlah dengan setiap perkara yang kita lakukan…salam

 
3 Comments

Posted by on May 25, 2010 in Diari, Uncategorized

 

“Ya Allah…..”

Ya Allah…aku akan tetap bersabar dengan setiap dugaan-Mu”..

Dimanakah sifat insan yang suka menggunakan nama orang lain untuk tujuan tertentu..aku telah banyak kali diperlakukan seperti ini.Pada pendapatku,menggunakan nama seseorang untuk tujuan tertentu tanpa pengetahuan darinya samalah juga kita cuba memfitnah beliau.Hal ini kerana dia sendiri tidak melakukan perkara  tersebut tetapi dituduh melakukannya.

Apakah pula hukum di sebalik perbuatan seperti ini?Kalau kita tanya perkara-perkara seperti ini kepada budak kecil pun,dia akan tahu jawab.Sama ada dosa atau pahala?..Sudah tentu jawapannya dosa.Antara kejadian yang pernah menimpa diriku adlah,seseorang telah menyamar sebagai diriku dan membuka sebuah account di “friendster”..mungkin korang boleh search account yang bernama “katak pisang smk agama arau” kat friendster..aku tak tahu dari manalah dia dapat gambar aku..nak kata aku ni model sambilan,xdela plak…hihi..

aku dah penat dh nak hadapi semua ini…cuma yang aku nak bgtau,cukup2lah..Allah Maha Melihat

 
Leave a comment

Posted by on March 23, 2010 in Diari

 

tak abih2….

tak abih2…apa benda ni….hih

tak abih2 aku merasa terhina….wua…..tak abih2 aku rasa aku slalu menjadi bahan ejekan…wua…tak abih2 aku rasa macam aku dipermainkan….wua….dan tak abih2 aku rasa macam aku disisihkan…hmm…apala nak jd…suma bnda  ni aku rasa sejak aku melangkah ke sekolah rendah sampai la skarang….sbb tu kdg2 aku slalu kata “who i am”….

tetapi kadang2 bla fikir balik,tu suma perasaan buruk ja yang digoda oleh makhluk durjana,tetapi kadang2 sangkaan itu memg benar dan tak dapat disangkal..aku redha dengan semua yang aku rasa…kerana aku tahu siapalah diriku…aku bersyukur dengan setiap pemberian-Mu…aku akan tetap mencari keredhaan-Mu…wah,ni bukan copy dr mana2,ni tulisan aku sendiri…kadang2 orang cakap “biarlah orang nak cakap apa pun”…memang benar…tetapi kadangkala ucapan itu hanya benar apabila beban itu tidak ditanggung oleh kita sendiri…tetapi apabila beban itu ditanggung oleh kita sendiri,maka kata2 yang benar pun boleh jadi salah….

bercakap tentang “orang cakap”..memang mulut orang kita tak boleh nak tutup…kalau sumbat dengan batu pun,dia still nak bercakap jugak,unless dia bisu…itu hak dia..nak buat macam mana..kita memang tak dapat nak tutup mulut orang…kalau mulut kucing pun takleh gak..hehehe…jadi renung2kanlah…..

 
1 Comment

Posted by on March 20, 2010 in Diari

 

Diari 006

alhamdulillah..penantian penuh penyiksaan telah berakhir ..syukur rezeki yang Allah berikan…tapi..aku baru je terima satu lagi ujian yang sangat berat bgku…..wuuaaaaaaa…..

semua sijil-sijil aku masa dkt skolah menegah hilang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!….tapi “suspek” dipercayai telah hilang di library sekolah agama arau…ni yang nak kna p skolah plak ni…nak kna cari…kalau tak jumpa,xtau la nak cakap apa…nak nangis lagi la….wua………………….banyak sijil2 yang berguna dalam tu….cnthnya sijil pelantikan sebagai KP,sijil2 penyertaan,sijil penghargaan drpd kementerian pelajaran malaysia sbb jd pengacara majlis kat langkawi dalam program anjuran bank negara n macam2 lg….wwwuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ya Allah,berikanlah petunju di mana clear holderku berada….skarang ni dekat aku cuma tinggal sijil SPM n sijil berhenti skolah……xpa….Insya Allah akan jumpa balik…amin….

 
4 Comments

Posted by on March 13, 2010 in Diari

 

Diari 005

Aku sebagai insan biasa..hmm..tak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan..setiap hari aku cuba memuhasabah diri sendiri..bukannya apa,susah kalau kita nak puaskan hati orang lain..dan susah jugak kalau kita asyik kira mulut orang nak cakap apa..hmm…kadang2 kita yang bagi nasihat dekat orang pun tak sedar yang kita sedang melakukan benda yang kita sendiri cegah orang lain daripada buat benda tu…

aku tak tau la korang faham ke tak benda apa yang aku tulis…kalau tak faham..pi la tanya pakar motivasi…huhu..hihi…haha…ada satu benda yang aku tertanya-tanya..boleh ke kita menyumpah-nyumpah orang?…hmm,kalau masa kita tengah marah,memg semua orang kita sumpah…jadi batu la (macam cerita tanggang la plak),jadi tv la..ha!tapi kalau sumpah jadi barang berguna takpe la jugak,…”aku sumpah kau jadi broadband speed 8.0 mbps!..huh, baru syok!!

tok wan aku citer,ada la sorang hamba Allah ni,dia memang suka menyumpah orang…sikit2 sumpah..bila ada benda yang dia tak puas hati,mesti dia cakap ” aku sumpah engkau mati kena sambar kilat!”…aduhai,sampai macam tu sekali..memang dia ni orang kenal sangat perangai dia yang suka menyumpah tu…sikit2 sumpah..dia ingat kat mahkamah ke nak sumpah2!…tapi satu hari dia ni tengah jalan2 sorang2 dia..nak dijadikan cerita,tetiba ja datang kita sambar dia,then dia terus mati!!!!!…ha,jangan takut bagi sesiapa yang suka menyumpah orang tu!..tu la,lain kali jangan la suka dok menumpah orang lain…jangan disebabkan orang tu tak dapat nak memenuhi kehendak hati kita,terus kita maki2 dan sumpah dekat dia…kesian kat orang tu…kalau jadi macam pak cik yang aku citer tu..ha camna?…

ada juga sumpah yang dibenarkan dalam Islam..ianya bertujuan untuk memberikan kedamaian kepada umat Islam…cnthnya Mubahalah dan sebagainya..orang yang berani bersumpah walaupun dia salah,sebenarnya dia sedang menanggung risiko yang sangat besar..jadi,kesimpulannya fikirlah 100000 kali sebelum melakukan sesuatu..

 
4 Comments

Posted by on March 2, 2010 in Diari

 

Diari 004

Hari ini aku ada QTI untuk lesen kereta..hmm..moga2 dapat buat dengan elok..Insya Allah..

sebut pasal ambik lesen ni,..memgla ada macam2 cerita..ada yang tak puas hati dengan cikgu yang garang la..ada yang cikgu ok,,tapi gatal plak..eiisshh..pening..tp buat masa sekarang,golongan Adam masih lagi selamat..hehe..yang kurang selamatnya kaum Hawa..tapi, orang laki ni plak selalu jadi mangsa lepas geram..salah sikit,marah macam salah banyak!!!..tapi bila yang buat salah tu perempuan,,aik!!???,lemah lembut pulak cara dia tegur..mana aci!!.pijak dinasour pun tak mati!!.saya tak maksudkan sesiapa ..tetapi bila kita mengajar,biarlah bagi orang puas hati,tak kiralah dalam sektor apa2 sekalipun..kalau kita mengajar tapi orang tak faham,pastu kita marah plak dia,tak ke teraniaya dia tu???dah la tak faham,kena marah pulak

bagi pelajar pulak, bila dah seseorang guru tu menegur  kesalahan kita, sepatutnya dari sehari ke sehari kita harus cuba memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang selalu kita lakukan..barulah ada anjakan paradigma..jangan marah balik bila dia tegur,dia tegur maknanya dia tak mahu kita buat silap.Semua guru tak mahu anak muridnya buat silap..tak kiralah dalam sektor apa pun..jdi anak murud harus faham kemahuan gurunya.

Kesefahaman antara guru dan murid penting tau!!…kalau tak sama2 memahami..habislah kita!..dah la tak faham,pastu bila tanya kena marah..kan susah..

 
1 Comment

Posted by on February 25, 2010 in Diari

 

Diari 003

semakin nak sampai bulan 3,semakin seramlah pelajar-pelajar yang baru lepas amik spm tahun lepas…haha..itulah hipotesis yang sesuai bg experiment yang bertajuk “SPM : “Pembunuh atau Coklat Manis”…..hihi

Bg sesiapa yang jawab dengan penuh yakin Insya Allah la dia akan dapat result yang baik..tapi yang tak bolehnya adalah ‘over confident’..2 yang akan memakan diri balik nanti..sepatutnya sebelum dapat result lagi kita dah set dalam mind set yang kita akan redha dengan apa yang kita dapat..so bila dapat result nanti,berapa pun kita dapat kita redha..kita tahu Allah tahu ada hikmah di sebalik apa yang dia dapat…mungkin kalau dia dapat banyak dia sombong,so Allah pun tak bg dkt dia sbb Allah sayang hamba dia..

mulai sekarang pun aku mula dah makan tak basah,tido tak kenyang,mandi tak lena..huhu…bidang apa yang nak ambik pun tak tahu lagi..tapi dalam kepala otak aku ni cuma ingat “medic”…”medic”…”medic”.hmm,macam orang gila pulak..tapi takpala..sama2lah kita tgk apa keputusan yang kita akan dapat…ada yang cakap kalau dapat tak elok nak kunci diri dalam bilik la,off hnpn la..haha..macam2..

sekarang ni pun aku keja pun tak cari sempena “Tahun Baru Cuti Lepasan SPM”….so duduk kat umah jela..kekadang pi library sekolah tlg menolong.ataupun pi library kangar pi main broadband kat situ laju sikit..boring kan?..renung-renungkan dan selamat malam.

 
2 Comments

Posted by on February 23, 2010 in Diari

 

handphone gua…wuaa…

wuuaaaa…tensionnya bila handphone tgh nazak…eiigh..ntah brapa banyak dh mesej yg masuk,x termasuk call lg..aduuiii..nak bli baru xda duit lg…aku bli hnphne N95 ni punya la mahal.aku bli yang ztiron..harga dia masa tu RM1750…tp bru2 ni pegi tanya kedai brapa kupang dia nak amik,cina tu cakap ” ini bleh ambik dalam rm450 ja…bezanya!

smalam dekat masjid ustaz tu cakap hnpne zaman skarang ni bleh buat macam2…memasak or memancing xlehla…hehe…tetapi kecanggihan hnphne ni jugak bleh membawa mudarat jugak..cnthnya byk remaja yang manyalahgunakan kecanggihan hnphne..kecanggihan ini sebenarnya lebih menjurus kepada keseronokan ja disamping “beberapa” kemudahan yang ada.jikapandai mengawal,selamatlah diri.

tidak dinafikan,aku sendiri kalau nak membeli hnpne,aku bukannya kira ianya sebagai satu keperluan,tetapi lebih kepada canggihnya..hihi..memgla..boring jugak kalau hnpn tu bleh telefon je..baik guna telefon awam…senang..sesetengah orang kalau pakai hnphe mahal2 suka plak menunjuk..tetapi da juga yang niatnya tidak langsung untuk menunjuk,tetapi orang lain yang terlebih sangka buruk…entahlah..kalau nak tutup mulut orang mana bleh…kalau orang tu  bisu@buta xpala..

wallahu a’lam.

 
8 Comments

Posted by on February 18, 2010 in Diari

 

oh…di situ rupanya tempat ketenanganku…..

hmmm….dua tiga hari ini adalah hari2 yang paling tension dalam hidupku…aku pun tak tahu knapa..semua benda yang inginkan tidak menjadi..bayangkan betapa tensionnya aku…sehinggakan aku tak bercakap satu hari..Ya Allah,rupanya aku terlampau leka mengejar hal dunia..sampai aku melupakan tanggungjawab menuju akhirat,beberapa hari aku tidak solat di masjid..maghrib td,aku sambung rutinku bersolat di masjid..subhanallah..hatiku menjadi sungguh tenang..kalaulah aku dapat menzahirkan ketenangan yang aku rasakan ini kepada semua orang ramai yang malas untuk ke masjid…barulah datang idea untuk menulis sesuatu dalam blogku ini..hehe..dan semua kerja2ku menjadi senang dan beres..masya ALLAH…

Beberapa hari lepas,abahku ada bercakap dengan seorang hamba Allah ni..abah cakap..”kalau sekarang ni kita x mengimarahkan rumah Allah,nanti mati Allah akan soal semuanya,bolehka kalau kita nak jawab?????”…sebenarnya tajuk perbualan tu bermula bila kami singgah di sebuah masjid,pastu dimaklumkan imam masjid ni jarang sungguh ke masjid,…bukan setakat imam saja,sekali dengan bilal sekali..masya Allah,terima tugas tetapi tidak menjalankan dengan sebaiknya,disuruh letak jawatan tetapi tidak mahu…adakah dia fikir bahawa tanggungjawab itu lebih besar daripada “title” yang dia pegang…jika dilihat artikelku sebelum ini,memg aku ada menulis mengenai amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita …bayangkan jika seseorang melakukan kerja hanya kerana pangkat jawatan dan nama semata-mata.apakah yang akan dia jawab apabila disoal di dalam kubur nanti?

Jom pergi masjid!!!!…sama2lah kita mencari ketenangan yang dianugerahkan oleh Allah…mungkin kita tidak sangka itulah tempat ketenangan yang kita cari…tapi apabila kita sendiri bergerak ke rumah Allah dengan hati yang ikhlas,maka kita akan mendapat apa yang kita cari selama ini…

bercakap tentang title dan jawatan ini..memg benar ianya adalah sesuatu yang menarik…ada satu cerita,mak aku pergi kursus dekat satu tempat ni..then ada sorang cikgu cina ni sapa mak aku,dia tanya “you ustazah ke?..mak aku cakap “bukan,saya cikgu matematik”..mgkin sebab mak aku pakai tudung labuh kot..then dia sambung ayat dia,dia cakap..”oh,saya ingatkan ustazah..saya skarang ni memang saya dah tak penah percaya dengan ustaz dengan ustazah ni”..terkejutla mak aku dengar..mak aku tanya knapa..then dia cakap ustaz dengan ustazah dekat skolah dia memang banyak yang penipu!!!!..terdiam mak aku tak terjawab…..

maka renung2kanlah apa yang aku tulis ini..assalamualaikum…

 
2 Comments

Posted by on February 14, 2010 in Diari