RSS

Daily Archives: February 9, 2010

MEROKOK…perbuatan membunuh diri

sekiranya anda tahu bahawa jika anda terjun bangunan daripada tingkat paling atas KLCC,anda akan mati,adakah anda akan melakukannya?….maka samalah demikian dengan perbuatan merokok..cuma perbezaanya hanyalah pada keadaan zahirnya..jatuh bangunan badan berkecai,tetapi merokok akan terlebih dahulu menyiksa jasad anda.kalau anda semua nak tahu ataupun dah tahu,perbuatan merokok boleh memotong hayat seseorang sebanyak 10 tahun.Contohnya jika seseorang pergi ke hospital dan doktor meramalkan dengan keadaan tidak merokok fizikalnya dapat bertahan sehingga 70 tahun.Tetapi dengan merokok,ia seolah-olah memberi diskaun kepada anda hayat anda menjadi 60 tahun.

Dari sudut agama,merokok ternyata haram dan disepakati oleh ulama keseluruhannya.aku pernah jumpa ada ulama yang menyatakan hukum merokok adalah makruh,rupa-rupanya dia sendiri merokok,sebab tu dia cakap hukum merokok makruh.Kematangan pemikiran manusia dalam mengendalikan dan mengatur halatuju hidupnya haruslah ditingkatkan.Sejak dari kecil remaja haruslah dididik untuk menjauhi perkara-perkara yang sia-sia.Perbuatan merokok menjadi haram berdasarkan Islam yang menyatakan setiap perkara yang memudaratkan adalah haram.

Merujuk kepada tajuk kali ini,mungkin ia kedengaran remeh.tetapi perkara yang kecil inilah yang akan ‘membiak’ menjadi suatu perkara yang penting.Statistik perokok dari sehari ke sehari semakin meningkat.Kebanyakannya daripada kalangan remaja.Merokok ini memusnahkan perjalanan ‘roda kehidupan’ manusia.Merokok menjuruskan seseorang untuk melakukan perkara yang lebih buruk seperti mencuri,merogol dan sebagainya…kerana selepas rokok dadah pulak..

Jika perokok itu ada anak,maka anak-anaknya akan terpengaruh dengan sikapnya yang buruk itu.Kalau tak terpengaruh pun,orang yang berada sekeliling perokok itu lebih berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya.asap rokok juga senjata pembunuh.tak perlulah seseorang perokok menangis kesedihan atas kematian ahli keluarganya kerana dia sendiri yang membunuh mereka tanpa dia sedari.

Di dalam Al-quran,banyak ayat-ayat yang melarang kita melakukan perbuatan yang sia-sia.Nabi menyatakan kepada bilal, “Celakalah orang-orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak merenunginya”…Perbuatan terkutuk yang paling simple adalah “MEROKOK”..sekian…

 
Leave a comment

Posted by on February 9, 2010 in Artikel